( Gambar diatas adalah gambar Motor Modenas Kristar yang belum diubahsuai dan dibaiki) sepenuhnya.
Jika diberi pilihan antara motor yamaha, honda atau modenas of course aku akan pilih yamaha kerana rekaan yamaha mempunyai gaya dan kehebatannya tersendiri tetapi aku tak memilih sangat pun. Apa yang ada aku guna jer. Sekarang ni aku nak berkongsi cerita tentang motor Modenas Kristar aku ni dari zaman ayah aku guna lagi. Motor ni banyak berjasa pada family aku dan banyak berjalan jauh semasa ayah aku tak ada kereta. Jadi bila ayah aku dah ada kereta motor ni tersadai la di puchong di rumah singgah ayah aku. Seterusnya, adik aku pula yang menggunakan motor ni semasa dia belajar di IKM KL. Masa tu adik aku banyak modify motor ni hinggalah banyak berlaku perubahan pada motor tersebut.
Hinggalah adik aku membeli motor yamaha LC 5 speed, motor Kristar tersebut diserahkan pada aku. Tetapi sebelum motor tersebut diserahkan pada aku, motor ni pernah kemalangan dimana adik aku yang ke-5 tu sebenarnya baru belajar naik motor tapi disebabkan keangkuhannya mengaku pandai akhirnya berlaku la kemalangan.
Gambar-gambar dibawah ini menunjukkan bahagian-bahagian motor Kristar yang telah diubah bagi mengekalkan prestasi motor tersebut atas dasar sayang pada motor ni.
Ekzos Modenas Kristar standards |
Folk Local Modenas Kristar |
Untuk pengetahuan semua, banyak barang-barang Kristar yang dijual original belaka tapi untuk bahagian folk Modenas Kristar ni memang susah nak cari jadi aku pun ambil keputusan untuk membeli yang local punya. Ni pun aku tukar sebab barang yang asal dah bengkok hasil dari accident.
Absorber L.A.E.M standard Modenas Kristar |
Absorber asal motor ni ialah absorber kayaba, kalau nak ditukar ke absorber kayaba memang mahal la. Harganya pun mesti mencecah dalam ratusan ringgit. Jadi aku pun ambil la absorber jenama LAEM absorber murah je tapi boleh la support dua orang.
Kick Starter Original |
Dari segi kick starter pula, starter yang asal bukanlah starter yang original jadi banyaklah keburukan bagi barang yang tak original ni. Untuk pengetahuan, starter local ni bila penunggang nak menghidupkan motor kalau motor tak hidup starter tersebut akan membidas semula keatas jadi, ia akan membidas kaki si penunggang. Jadi, aku pun tukarlah kepada starter yang original. Untuk yang original pulak ia tak akan membbidas kalau motor tak hidup walaupun ditendang berkali-kali.
Disc Brake Apido Racing |
Pada bahagian brek pula, adik aku prefer brake disc jadi adik aku pun pasanglah brake disc racing Apido. Kalau tengok dalam gambar ni brake disc ni bila digandingkan dengan sport rim M.Seki ni nampak kelihatan seperti motor racing. Dari segi cengkaman pula, cengkaman brake disc Apido ni sangat kuat dan mencengkam.
Mudguard Modenas Kristar yang telah diganti |
Cover Set Baru Brand M. Seki |
Spesifikasi:
- Jenis Motosikal : Moped
1. Cover set Modenas Kristar M.Seki (RM180)
2. Sport Rim M.Seki (Sepasang RM140)
3. Local Folk (Unknown)
4. Tubeless tyres Michelin depan 70/90, belakang 80/90 (70/90 = RM80, 80/90 = RM130)
5. Disc Brake Apido Racing (RM120)
6. Absorber jenama LAEM (RM60)
7. Ekzos Modenas Kristar Standard (RM155)
8. Starter Original Modenas Kristar (RM35)
beb,mana nak dapat coverset n ekzos standard tu?puas cari la
ReplyDeletebro duk area mana
DeleteMana nak cari Ni area kedah
Deletesalam.. kat mana boleh cari coverset kristar. kalau boleh order kat aq.
ReplyDeleteBantu saya.. saya mencari mana nak beli cover set kristar
ReplyDeleteBiasa cover set ni kena order dulu. harga latest RM260. Area setapak boleh dapat terus
Deletesetapak kat mana eh?
DeletePi di kilang modenas gurun sana banyak cover set
ReplyDeleteBro sy duk kt penang. Cam ne nak nak dapat cover set kristar
ReplyDeleteShoppe
DeleteWhtsp klu masi beroperasi Dan masi ade spare parts kristar..0148586555
ReplyDeleteSalam...mana boleh dapat body part kristarr....sila whatapps saya di 0165358870...urgently
ReplyDeleteSaya nak memesan lampu signal depan motor krisstar hubungi di ni saya 0178942609
ReplyDeleteLazada
ReplyDeleteLampu belakang
ReplyDelete