Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, 26 December 2012

Ubahsuai Permukaan Profile Facebook

 Pernah tak korang terfikir untuk mengubahsuai interface facebook korang dari putih biru bertukar kepada background, warna serta ada light yang berkelip-kelip?Kalau korang nak ubahsuai background facebook, korang layarilah address ini (http://www.freecodesource.com/facebook-layouts/).


Gambar-gambar dibawah merupakan contoh interface facebook aku yang sudah diubahsuai. Sebenarnya banyak lagi web address yang provide facebook skin ni tapi buat masa ni aku hanya provide 1 je. Akan datang aku akan provide dalam 2-3 jenis address lagi.Kemudian, untuk menukar background untuk website ni kita perlu pasaang installer dia dulu. Jadi aku akan sediakan installer dia pada link download yang berada di sidebar blog aku.


Gambar profile yang telah diubahsuai dengan backgound Dragon nest

Gambar Home Page Background Dragon Nest
Gambar backgound  profile pengubahsuaian ke-2 dengan backgound Halo 4
Gambar Home Page dengan background Halo 4

Sunday, 23 December 2012

Helmet LTD A-Vent

Jika duit yang berada didalam tangan adalah berjumlah ribuan ringgit, sudah tentu aku akan memilih helmet ARAI ataupun SHOEI tetapi apakan daya duit yang berada di tangan hanya berjumlah RM100 jadi aku hanya mampu membeli helmet yang setara dengan kemampuan aku.

Hanya helmet buatan Malaysia jela yang aku dapat angkut seperti INDEX, LTD, MS88 dan sebagainya. dalam banyak-banyak model helmet Malaysia ni, aku cukup tertarik dengan helmet LTD A-Vent ni kerana rekabentuknya yang menarik sudah cukup membuatkan hati aku tertarik.

Kalau dari segi harganya pula, ianya amat berpatutan bagi aku dan padanlah dari segi rekabentuknya yang tampak lebih interaktif dan sporty. Harga bagi helmet LTD A-Vent ni kalau diikutkan harga komersial die RM118 tapi aku beli dapat kurang sampai RM90.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan rekabentuk helmet LTD A-vent yang interaktif dan sporty:
Pandangan atas
Pandangan sisi kiri
Pandangan hadapan

Pandangan sisi kanan




Modenas Kristar 110 Modifikasi Kedua

Tidak semua benda yang kita ubahsuai akan kekal selama-lamanya. Begitu juga dengan motosikal aku dimana sport rim M. Seki 18 jejari aku sudah retak kerana dilanggar lubang. Apabila kejadian itu sudah berlaku, apa yang aku buat adalah ketuk-ketuk dahi kerana kena keluar duit sekali lagi. Jadi, gambar-gambar dibawah menunjukkan bahagian-bahagian yang aku dah tukar pada motosikal aku.

(Ini gambar overall motosikal Modenas Kristar yang telah diubahsuai)

(Lapik seat tidak ditukar lagi sebab bajet tak cukup lagi jadi aku beli sarung seat jer)


(Sport rim front KAWA GTO 555 K11 5 jejari)

(Sport rim rear KAWA GTO 555 K11 5 jejari)
Senarai barang dan harga:

1. Sport Rim KAWA-GTO 555 Model K11 - RM120 (sekali pasang dikedai)
2. Sarung seat Jaring Saiz L - RM23