Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday, 23 December 2012

Helmet LTD A-Vent

Jika duit yang berada didalam tangan adalah berjumlah ribuan ringgit, sudah tentu aku akan memilih helmet ARAI ataupun SHOEI tetapi apakan daya duit yang berada di tangan hanya berjumlah RM100 jadi aku hanya mampu membeli helmet yang setara dengan kemampuan aku.

Hanya helmet buatan Malaysia jela yang aku dapat angkut seperti INDEX, LTD, MS88 dan sebagainya. dalam banyak-banyak model helmet Malaysia ni, aku cukup tertarik dengan helmet LTD A-Vent ni kerana rekabentuknya yang menarik sudah cukup membuatkan hati aku tertarik.

Kalau dari segi harganya pula, ianya amat berpatutan bagi aku dan padanlah dari segi rekabentuknya yang tampak lebih interaktif dan sporty. Harga bagi helmet LTD A-Vent ni kalau diikutkan harga komersial die RM118 tapi aku beli dapat kurang sampai RM90.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan rekabentuk helmet LTD A-vent yang interaktif dan sporty:
Pandangan atas
Pandangan sisi kiri
Pandangan hadapan

Pandangan sisi kanan




1 comment:

  1. Is Titanium Burns or has it been in the tin? - TITAN GOLDEN
    I used it as an upgrade titanium density from a used item. It is still one of toaks titanium my titanium oxide favorites. It was made on stainless steel. titanium banger Rating: 5 titanium price · ‎1 review · ‎$29.99 · ‎In stock

    ReplyDelete