Banner created with MyBannerMaker.com

Wednesday, 26 December 2012

Ubahsuai Permukaan Profile Facebook

 Pernah tak korang terfikir untuk mengubahsuai interface facebook korang dari putih biru bertukar kepada background, warna serta ada light yang berkelip-kelip?Kalau korang nak ubahsuai background facebook, korang layarilah address ini (http://www.freecodesource.com/facebook-layouts/).


Gambar-gambar dibawah merupakan contoh interface facebook aku yang sudah diubahsuai. Sebenarnya banyak lagi web address yang provide facebook skin ni tapi buat masa ni aku hanya provide 1 je. Akan datang aku akan provide dalam 2-3 jenis address lagi.Kemudian, untuk menukar background untuk website ni kita perlu pasaang installer dia dulu. Jadi aku akan sediakan installer dia pada link download yang berada di sidebar blog aku.


Gambar profile yang telah diubahsuai dengan backgound Dragon nest

Gambar Home Page Background Dragon Nest
Gambar backgound  profile pengubahsuaian ke-2 dengan backgound Halo 4
Gambar Home Page dengan background Halo 4

Sunday, 23 December 2012

Helmet LTD A-Vent

Jika duit yang berada didalam tangan adalah berjumlah ribuan ringgit, sudah tentu aku akan memilih helmet ARAI ataupun SHOEI tetapi apakan daya duit yang berada di tangan hanya berjumlah RM100 jadi aku hanya mampu membeli helmet yang setara dengan kemampuan aku.

Hanya helmet buatan Malaysia jela yang aku dapat angkut seperti INDEX, LTD, MS88 dan sebagainya. dalam banyak-banyak model helmet Malaysia ni, aku cukup tertarik dengan helmet LTD A-Vent ni kerana rekabentuknya yang menarik sudah cukup membuatkan hati aku tertarik.

Kalau dari segi harganya pula, ianya amat berpatutan bagi aku dan padanlah dari segi rekabentuknya yang tampak lebih interaktif dan sporty. Harga bagi helmet LTD A-Vent ni kalau diikutkan harga komersial die RM118 tapi aku beli dapat kurang sampai RM90.

Gambar-gambar dibawah menunjukkan rekabentuk helmet LTD A-vent yang interaktif dan sporty:
Pandangan atas
Pandangan sisi kiri
Pandangan hadapan

Pandangan sisi kanan




Modenas Kristar 110 Modifikasi Kedua

Tidak semua benda yang kita ubahsuai akan kekal selama-lamanya. Begitu juga dengan motosikal aku dimana sport rim M. Seki 18 jejari aku sudah retak kerana dilanggar lubang. Apabila kejadian itu sudah berlaku, apa yang aku buat adalah ketuk-ketuk dahi kerana kena keluar duit sekali lagi. Jadi, gambar-gambar dibawah menunjukkan bahagian-bahagian yang aku dah tukar pada motosikal aku.

(Ini gambar overall motosikal Modenas Kristar yang telah diubahsuai)

(Lapik seat tidak ditukar lagi sebab bajet tak cukup lagi jadi aku beli sarung seat jer)


(Sport rim front KAWA GTO 555 K11 5 jejari)

(Sport rim rear KAWA GTO 555 K11 5 jejari)
Senarai barang dan harga:

1. Sport Rim KAWA-GTO 555 Model K11 - RM120 (sekali pasang dikedai)
2. Sarung seat Jaring Saiz L - RM23


Saturday, 27 October 2012

Modenas Kristar 110 Modifikasi Peringkat Pertama

                                                   
( Gambar diatas adalah gambar Motor Modenas Kristar yang belum diubahsuai dan dibaiki) sepenuhnya.

Jika diberi pilihan antara motor yamaha, honda atau modenas of course aku akan pilih yamaha kerana rekaan yamaha mempunyai gaya dan kehebatannya tersendiri tetapi aku tak memilih sangat pun. Apa yang ada aku guna jer. Sekarang ni aku nak berkongsi cerita tentang motor Modenas Kristar aku ni dari zaman ayah aku guna lagi. Motor ni banyak berjasa pada family aku dan banyak berjalan jauh semasa ayah aku tak ada kereta. Jadi bila ayah aku dah ada kereta motor ni tersadai la di puchong di rumah singgah ayah aku. Seterusnya, adik aku pula yang menggunakan motor ni semasa dia belajar di IKM KL. Masa tu adik aku banyak modify motor ni hinggalah banyak berlaku perubahan pada motor tersebut.

Hinggalah adik aku membeli motor yamaha LC 5 speed, motor Kristar tersebut diserahkan pada aku. Tetapi sebelum motor tersebut diserahkan pada aku, motor ni pernah kemalangan dimana adik aku yang ke-5 tu sebenarnya baru belajar naik motor tapi disebabkan keangkuhannya mengaku pandai akhirnya berlaku la kemalangan.

Gambar-gambar dibawah ini menunjukkan bahagian-bahagian motor Kristar yang telah diubah bagi mengekalkan prestasi motor tersebut atas dasar sayang pada motor ni.


Ekzos Modenas Kristar standards
Ekzos asal Modenas Kristar sebelum ni ada patah sikit pada bahagian dalamnya. Yang teruknya bila motor dihidupkan, bunyi yang dikeluarkan dari ekzos asal tu agak bising macam bunyi batu dalam tin. Jadi aku pun tukarlah ekzos yang baru agar bunyi dan pecutan menjadi lebih stabil.

Folk Local Modenas Kristar
Untuk pengetahuan semua, banyak barang-barang Kristar yang dijual original belaka tapi untuk bahagian folk Modenas Kristar ni memang susah nak cari jadi aku pun ambil keputusan untuk membeli yang local punya. Ni pun aku tukar sebab barang yang asal dah bengkok hasil dari accident.
Absorber L.A.E.M standard Modenas Kristar
Absorber asal motor ni ialah absorber kayaba, kalau nak ditukar ke absorber kayaba memang mahal la. Harganya pun mesti mencecah dalam ratusan ringgit. Jadi aku pun ambil la absorber jenama LAEM absorber murah je tapi boleh la support dua orang.
Kick Starter Original
Dari segi kick starter pula, starter yang asal bukanlah starter yang original jadi banyaklah keburukan bagi barang yang tak original ni. Untuk pengetahuan, starter local ni bila penunggang nak menghidupkan motor kalau motor tak hidup starter tersebut akan membidas semula keatas jadi, ia akan membidas kaki si penunggang. Jadi, aku pun tukarlah kepada starter yang original. Untuk yang original pulak ia tak akan membbidas kalau motor tak hidup walaupun ditendang berkali-kali.
Disc Brake Apido Racing
Pada bahagian brek pula, adik aku prefer brake disc jadi adik aku pun pasanglah brake disc racing Apido. Kalau tengok dalam gambar ni brake disc ni bila digandingkan dengan sport rim M.Seki ni nampak kelihatan seperti motor racing. Dari segi cengkaman pula, cengkaman brake disc Apido ni sangat kuat dan mencengkam.
Mudguard Modenas Kristar yang telah diganti
Cover Set Baru Brand M. Seki
Untuk cover set pula, cover set asal aku pakai cover set yang local. Kelemahan cover set local ni mudah pecah dan warna dia mudah pudar. Tambahan pula, motor ni baru je lepas accident jadi mesti ada yang patah-patah. Kemudian, aku pun tukarkan ia kepada cover set yang original keluaran M.Seki. Kat dalam gambar ni memaang tak nampak berkilat sebab gambar ni diambil semasa cover set ni baru ditukarkan kepada yang original.

Spesifikasi:

- Jenis Motosikal : Moped

1. Cover set Modenas Kristar M.Seki (RM180)
2. Sport Rim M.Seki (Sepasang RM140)
3. Local Folk (Unknown)
4. Tubeless tyres Michelin depan 70/90, belakang 80/90 (70/90 = RM80, 80/90 = RM130)
5. Disc Brake Apido Racing (RM120)
6. Absorber jenama LAEM (RM60)
7. Ekzos Modenas Kristar Standard (RM155)
8. Starter Original Modenas Kristar (RM35)